Kempen Check Your Label dan Klik Dengan Bijak

23 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada hari Sabtu yang lepas, 22 Jun 2019, bersempena dengan hari terbuka, PI Kg Luak telah mengadakan kempen Check Your Label dan Klik Dengan Bijak kepada para pengunjung.

Risalah diedarkan kepada orang ramai dan penerangan ringkas diberikan. Tayangan video juga disediakan kepada pengunjung. Kami turut mengadakan kuiz berkaitan dengan Check Your Label dan Klik Dengan Bijak. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai akan keselamatan peranti mudah alih mereka serta mendidik mereka untuk menjadi seorang pengguna internet yang bijak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali